Rakyat Malaysia dari kanak-kanak hingga warga emas kini berdepan tekanan emosi, kesunyian, dan masalah kesihatan mental. Remaja bergelut dengan tekanan sosial, ibu berhadapan cabaran keseimbangan hidup, dan warga emas sering terpinggir tanpa sokongan emosi yang mencukupi. Cabaran ini makin sukar akibat kurangnya akses kepada sokongan pencegahan yang mampu milik dan sesuai budaya.

Transformasi Minda Melalui Pernafasan

Nafas Tenang adalah program latihan dan kesejahteraan berdasarkan pernafasan yang direka khas untuk membantu individu menguruskan tekanan, meningkatkan fokus, membina ketahanan dalaman, dan menjaga kesihatan mental secara pencegahan.

Program ini menggabungkan pendekatan saintifik dengan amalan tradisional untuk menawarkan pengalaman pembelajaran yang holistik dan transformatif dalam persekitaran korporat moden.

SAINS PERNAFASAN

Teknik pernafasan berdasarkan penyelidikan saintifik untuk mengoptimumkan fungsi fisiologi dan kognitif.

Mindfulness Somatik

Kaedah kesedaran tubuh yang menghubungkan minda dan badan untuk kesejahteraan menyeluruh.

Regulasi Emosi

Strategi untuk mengenali dan mengawal emosi secara berkesan di tempat kerja dan kehidupan peribadi.

Elemen Islamik/Holistik

Pilihan untuk menggabungkan prinsip kesejahteraan

berasaskan nilai spiritual dan budaya tempatan.

Sebahagian program Nafas Tenang yang telah dijalankan kepada komuniti dan pihak swasta:

Latihan Nafas Tenang

Sesi latihan bersama Healing Village Network Malaysia di bawah program Nafas Tenang oleh KT Academy.

Program Nafas Tenang bersama komuniti dan penduduk setempat.

Jemputan Eksklusif

Program Bersama Atlet

Healing Village Network Malaysia diberi kepercayaan untuk menjalankan sesi breathwork bersama atlet-atlet negara

Program Kesihatan Selangor

Sesi Nafas Tenang di Program Kesihatan Warga Emas Negeri Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor, MBSA dan BeVital

Bagaimana Healing Village memperkasakan E.S.G?

Kesejahteraan Emosi di Tempat Kerja

Bengkel separuh hari untuk membantu kakitangan mengenal pasti punca tekanan dan mengamalkan teknik pernafasan untuk keseimbangan emosi yang lebih baik.

Pernafasan untuk Kepimpinan

Latihan khusus untuk eksekutif kanan bagi meningkatkan keupayaan membuat keputusan, komunikasi berkesan dan ketenangan dalam situasi mencabar.

Kelegaan Tekanan Penjaga Keluarga

Program sokongan untuk penjaga warga emas dan OKU yang memfokuskan pada penjagaan diri dan teknik regulasi emosi dalam peranan penjagaan.

PDPA & Etika Data dalam Terapi

Kursus sehari untuk profesional kesihatan mental tentang pengendalian maklumat peribadi klien dan etika kerahsiaan dalam persekitaran digital.